Skip to main content

CONTOH KERJA KURSUS PENGAJIAN AM TINGKATAN 6 PENGGAL 2 2017 (STPM)


9809XX-07-XXXX

TAJUK : PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PENANAMAN ORKID TEMPATAN OLEH  PENGUSAHA DI **********

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid tempatan di *******. Objektif  kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di Butterworth dan mengkaji penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di ********. Kajian ini dijalankan di************************************ Informen kajian ini ialah Encik ****** dan Encik ******. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual, pemerhatian, dan rujukan perpustakaan. Data di analisis melalui skrip temu bual yang melibatkan 2 orang informen. Pengkaji menyediakan 12 soalan untuk di temu bual oleh pengkaji. Selain itu pengkaji melakukan pemerhatian di lokasi kajian untuk mendapatkan maklumat.  Dapatan utama bagi kajian ini adalah pengkaji dapat mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid ialah teknik kacukan orkid melalui keratan dan kultur tisu oleh pengusaha di ********. Di samping itu, terdapat beberapa kesan dari penggunaan sains dan teknologi yang diaplikasikan oleh pengusaha di********* antaranya biji benih yang berkualiti, kawalan penyakit, dan pontensi perniagaan. Kesimpulannya, pengkaji berharap penggunaan sains dan teknologi dalam bidang penanaman orkid dapat diperluaskan lagi. 

Senarai Kandungan

Perkara                                                                                                             Muka Surat
Abstrak                                                                                                                       i
Kandungan                                                                                                                 ii-iii
Penghargaan                                                                                                                iv
1.0  Pengenalan                                                                                                         1
2.0  Objektif Kajian                                                                                                  
3.0  Lokasi Kajian

3.1  Peta Negeri
3.2  Peta Daerah
3.3  Peta Lokasi Kajian
3.4  Foto Lokasi Kajian
4.0  Metodologi Kajian

4.1  Reka Bentuk Kajian
4.2  Instrumen Kajian
4.3  Sampel Kajian
4.4  Cara Pengumpulan Data
4.5  Pemprosesan, Analisis Dan Mempersembahkan Data

5.0  Dapatan Kajian Dan Perbincangan
5.1  Mengenal Pasti Sains Dan Teknologi Yang Digunakan Untuk
Meningkatkan Hasil Tanaman Orkid Oleh Pengusaha Orkid
Di *******
5.2  Mengkaji Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Terhadap
Penanaman Orkid Oleh Pengusaha Orkid Di********

6.0  Rumusan Dan Kesimpulan
6.1  Mengenal Pasti Sains Dan Teknologi Yang Digunakan Untuk
Meningkatkan Hasil Tanaman Orkid Oleh Pengusaha Orkid
Di *******
6.2  Mengkaji Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Terhadap
Penanaman Orkid Oleh Pengusaha Orkid Di ******

7.0  Rujukan
8.0  Lampiran 


Penghargaan

Alhamdulillah
Dengan Izin dan Rahmat-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

      Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, SMK ****** iaitu Pengetua Tuan Haji ***************** dan Penolong Kanan Tingkatan Enam iaitu Puan ********* kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

             Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi  penghargaan kepada Puan ********* selaku guru Pengajian Am.  Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih  kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang  penghasilan kerja kursus ini

          Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ibu bapa saya, *******  dan ********** yang banyak menyokong dan membantu saya dalam melaksanakan Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 tahun 2017 yang bertajuk penggunaan sains dan teknologi dalam industri penanaman orkid tempatan di daerah *******

          Seterusnya, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada guru Pengajian Am saya Puan ************* yang telah membimbing, memberi tunjuk ajar dan panduan serta memastikan saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.

          Di samping itu, saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan pihak-pihak yang telah menyumbangkan masa dan tenaga dalam menyiapkan tugasan ini.

Yang benar,



1.0 Pengenalan

           Definisi sains dan teknologi menurut Kamus Dewan (2007), sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Sains juga didefinisikan sebagai cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti fizik, kimia, biologi dan lain-lain. ( Kamus Dewan,2007). Sains bukan saja fakta, konsep, dan prinsip tetapi juga merupakan suatu proses penemuan. Sains berasal dari kata sienz, science, syence,scyence,scyense, scyens,scienc,sciens,scians. Manakala, teknologi pula bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan pratikal dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dan lain- lain. Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal.(Kamus Dewan,2007) Teknologi ialah penggunaan bersistem dengan pengetahuan sains untuk tujuan amali (Galbraith,1978).

             Teknologi dianggap sebagai penerapan sains dalam pengertian bahawa penerapan itu menunjukkan perbuatan atau kewujudan sesuatu( Kamus Dewan ,2007). Teknologi merupakan keterampilan manusia mengunakan sumber daya alam untuk memecahkan masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara lebih umum teknologi merupakan suatu sistem penggunaan pelbagai guna yang tersedia untuk mencapai tujuan-tujuan pratikal yang ditentukan.

            Perkembangan sains dan tekonologi dapat membina kemakmuran. Perkembangan tersebut menimbulkan cabang ilmu pengetahuan baru. Sains dan teknologi memungkinkan terjadinya perkembangan keterampilan dan kecerdasan manusia kerana perkembangan sains dan teknologi menyediakan sarana dan prasarana penunjang kegiatan ilmiah. Sains dan teknologi adalah perkara yang tidak  dapat terlepas daripada kehidupan manusia. Sains dan teknologi akan terus berkembang seiring dengan perkembangan peradaban manusia di dunia. Pada hakikatnya sains dan teknologi merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Perkembangan sains sangat berpengaruh pada perkembangan teknologi begitu juga sebaliknya. Perkembangan sains dan teknologi memberikan kemudahan bagi manusia.

            Orkid atau anggerik sering dipilih sebagai bunga kegemarann untuk menghias taman dan sudut ruagan (Ir. Edhi,2004). Ia merupakan bunga exotic yang melambangkan kecantikan, kekayaan dan juga elegan (Geoffrey,2009). Daya tarikan utamanya terletak pada bentuk bunganya yang unik, indah dan tahan lama. Ia merupakan tanaman yang digemari bukan sahaja oleh kaum wanita malah juga kaum lelaki.

            Nama orkid berasal daripada perkataan Greek iaitu orkhis yang bermaksud testis. Nama tersebut diberikan oleh seorang saintis inggeris, John Lidley pada tahun 1845. Hal ini kerana beliau menjumpai sejenis tanaman yang pada akarnya terdapat struktur yang menyerupai testis. Tanaman tersebut dikenali sebagai sejenis orkid yang hidup di tanah (terrestrial  ). Orkid dipercayai telah mula dijumpai kira-kira 100-120 juta tahun lalu. Malah Malaysia disebut sebagai tempat taburan hidupan orkid liar yang mencapai ribuan jenis. Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies. Di Malaysia terdapat lebih daripada 111 genus dan 808 spesies orkid. (Khairi Nordin, 2011)

            Pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar, daun dan batangnya. Walau bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang paling sesuai dilihat untuk mengenal pasti genus tanaman orkid. Secara umum, orkid kormesil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar, iaitu orkid simpodium dan monopodium.

            Simpodium adalah cara pertumbuhan yang berakhir dengan pengeluaran bunga. Orkid dalam kumpulan ini boleh tumbuh sama ada di atas pokok  (epifit ) atau di atas tanah (terrestrial). Batang pokok berbentuk seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang semu manakala tunas baru pula akan mengeluarkan bunga apabila matang. Genus-genus orkid kormesil yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium.

           Monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran bunga. Batangnya kecil dan diliputi oleh upih-upih (bertindih) daun. Akar udara yang keluar daripada batang terpaksa menembusi upih daun. Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan tunas-tunas baru selepas dipotong. Keratan batang kemudian di tanam di dalam pasu di atas tanah yang tidak lembab. Genus-genus orkid komersil yang terdapat di dalam kumpulan monopodium ialah Vanda, Arachnis, Renanthera, Aranda dan Mokara. ( Khairi Nordin,2011)

            Menanam orkid adalah satu hobi yang menarik, menceriakan dan terapeutik sekiranya kita memahami ciri-ciri dan keperluan spesifik jenis orkid yang ditanam. Terdapat beberapa faktor asas yang perlu diambil kira untuk mencapai kejayaan di dalam penanaman bunga orkid. Namun, ramai yang lebih suka membeli dari menanamnya. Pada kebiasaannya, kecantikan bunga merupakan kriteria utama bagi peminat orkid apabila membeli orkid.

                Hobi mengumpul orkid dikatakan telah bermula pada kurun ke-19. Mr. William Cattley seorang pengumpul tanaman menjumpai tanaman tidak bernama dan dikaji oleh John Lindley. Akhirnya tanaman tersebut diberi nama Cattleya labiata. Cattleya sempena nama Mr. William dan labiata kerana John Lindley tertarik dengan bentuk bibir bunga tersebut. Terdapat juga ahli falsafah Cina yang terkenal, Confucius juga seorang peminat orkid. Pada tahun 500 SM, beliau memberi nama orkid genus cymbidium sebagai 'Raja  Yang Wangi' (King of Frangrance) . ( Khairi Nordin, 2011)
                  Melalui penyelidikan menggunakan sains dan teknologi, penemuan terkini telah menjadikan orkid sebagai tumbuhan prasejarah. Hal ini disebabkan pada tahun 2007, penyelidik telah menjumpai fosil polen sejenis orkid yang terlekat pada badan sejenis lebah yang dianggarkan telah berusia diantara 10juta hingga 15juta tahun dahulu di Republik Dominik. (Khairi Nordin,2011)

             Penyelidik tumbuhan orkid sehingga kini masih dijalankan termasuklah proses menghibrid (kacuk) orkid dan hasil pembungaan yang banyak. Sains dan teknologi banyak menyumbang kepada kemajuan terhadap perkembangan ilmiah. Kajian yang masih  dilakukan serta diselidik sekarang adalah formula media dan sinaran gama. (utasan, 2013) Selain itu sains dan teknologi turut meyumbang kepada pendapatan negara.

                Orkid juga penyumbang kepada pendapatan negara melalui beberapa medium iaitu melalui pelancongan sperti pembinaan taman-taman orkid di seluruh Malaysia. Penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik luar yang datang ke Malaysia, manakala industri bunga seperti jualan orkid pasuan dan keratan bunga, dan kraftangan daripada produk berasaskan orkid. Oleh itu, industri orkid dijadikan sumber komersil negara. (Harizamrry,2008)

              Ramai yang tidak tahu, pokok vanilla merupakan sejenis orkid. Perisa vanilla sebenarnya berasal daripada sejenis orkid liar. Tetapi trend  penanaman vanilla di Malaysia belum meluas. Di Malaysia terdapat beberapa taburan spesis orkid yang terkenal diberi nama orkid vanilla. (Khairi Nordib,2011)

               Dalam kajian ini pengkaji telah memilih Ooi Leng Sun Orchids Nursery and Laboratory sebagai subjek kajian. Nurseri ini terletak di 873,Sungai Dua, 13800 Butterworth, Penang. Nurseri ini mempunyai pengalaman selama 50 tahun dalam bidang penanaman orkid. Bermula pada tahun 1967. Misi mereka adalah membekalkan orkid kepada pengemar orkid ke seluruh dunia. Orkid yang ditanam terdiri daripada Vanda, Catteleyas, Trias, Dendrobium, Oncidiym dan lain-lain kacukan.

                Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana penkaji mendapat manfaat tentang kajian penanaman orkid. Pengkaji akan mendapat pengetahuan tentang orkid secara teori mahupun pratikal, dapat mengasah bakat pemerhatian, menambah pengalaman dan juga medapatkan khidmat nasihat penanaman orkid dan panduan yang berguna sebagai individu yang berminat memulakan penanaman orkid. Selain itu, melalui kajian ini pengkaji berhasrat khalayak tidak menafikan keindahan bunga orkid. Hal ini disebabkan pengkaji mahukan supaya tanaman ini dipilih sebagai bunga pilihan untuk hiasan ruangan. Fenomena perniagaan orkid juga semakin rancak, selain dari nurseri-nurseri para peniaga di kaki jalan pun banyak yang menjualnya. Bahakan sudah jadi komoditi penting perdagangan florikultur dunia. (Ir. Edhi,2004)

                  Akhir kata, Malaysia merupakan pengeksport orkid terpenting di Asia. (Sinar Harian,2014) Industri orkid merupakan perniagaan komersil bernilai tinggi. Pengkaji berhasrat penanaman orkid diperbanyakkan kajian mengenai penggunaan sains dan teknologi supaya masyarakat lebih mendapat pengetahuan tentang orkid. Harapan pengkaji terhadap pengusaha nurseri orkid agar dapat meneruskan penanaman orkid supaya manfaat dan khasiat orkid dapat diketahui oleh masyarakat.


2.0 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan berdasarkan 2 objektif  yang boleh dijadikan panduan semasa menjalankan kajian ini. Objektif  kajian adalah seperti berikut iaitu :

1.     1. Mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha orkid di *******

2.     2. Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid oleh pengusaha orkid di ***********


3.0 Lokasi Kajian
3.1 Peta:  Negeri Pulau Pinang.

Peta 1: Negeri Pulau Pinang.
Sumber : Kajian Lapangan 2017 

3.2 Peta : Daerah Seberang Perai Utara


Peta 2 : Daerah  Seberang Perai Utara.
Sumber : Kajian Lapangan 2017

3.3 Peta Lokasi Kajian
Peta 2: Lokasi Kajian******Orchids Nursery
Sumber : Kajian lapangan 2017
.
              
Peta 3: Lokasi Kajian****** Garden and Landscape
Sumber : Kajian Lapangan 2017


3.3 Gambar : Pengkaji Di Lokasi Kajian **********.

Gambar : Pengkaji di Lokasi

Sumber : Kajian Lapangan 2017



4.0 Metodologi Kajian
4.1  Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian ini merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pemerhatian dan analisis data. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Kajian ini adalah untuk  mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di ******* dan mengkaji kesan penggunaan teknologi dan sains terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di *******.

4.2. Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan dengan sains, teknologi, jenis, kesan, dan keterangan mengenai tanaman.
Kaedah
Instrumen
Kualitatif
Rujukan , Pemerhatian, Temubual
Jadual 1 :keadah instrumen kajian
Sumber : Kajian Lapangan 2017.
4.2.1 Pemerhatian
        Instrumen pemerhatian adalah kaedah yang dijalankan secara langsung. Kaedah ini dijalankan semasa lawatan ke **********. Pengkaji menyediakan borang pemerhatian jenis terbuka untuk memerhati dan menganalisa dapatan kajian. Pengkaji mencatat item-item yang diperhatikan dan menyediakan gambar-gambar yang berkaitan. Pemerhatian dilakukan dari pagi hingga petang dan menyatakan perkara-perkara yang diambil kira dalam pemerhatian.

BORANG PEMERHATIAN
Hari : **** (******* 2017)
Masa : *****pagi – **petang
Tempat : **************
Bil
Aspek Pemerhatian
Catatan
1
Jenis Orkid
Rujuk lampiran
2
Teknik Menanam Orkid
Rujuk lampiran
3
Pembinaan Rumah Teduhan
Rujuk lampiran
4
Penyiraman Orkid
Rujuk lampiran
5
Pembajaan Orkid
Rujuk lampiran
Jadual 2: Borang pemerhatian kajian
Sumber : Kajian Lapangan 2017
   4.2.2 Temu Bual
                 Instrumen temu bual ialah alat mendapatkan maklumat yang sahih dalam kajian tinjauan. Soalan temu bual ini dibina mengikut prinsip KISS (Keep It Short and Simple) iaitu mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas. Soalan temu bual ini mengandungi beberapa soalan. Soalan temu bual ini merangkumi objektif yang ingin dicapai iaitu jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di ******* dan kesan penggunaan sains dan teknologi dalam terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di ********


       4.2.3 Rujukan
Instrumen rujukan utama yang pengkaji peroleh daripada bahan ilmiah seperti buku-buku, kamus dan sumber internet yang berkaitan daripada Perpustakaan Awam Negeri. Berserta rujukan daripada borang pemerhatian. Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil dapatan kajian.
4.3  Sampel Kajian
Persampelan ialah kumpulan manusia, institusi, tempat atau fenomena yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Informen terbatas kepada pengusaha nurseri orkid yang berada di ********* dan pengkaji melakukan  pemerhatian pada hari kejadian. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan teknik persampelan menemui informen untuk ditemu bual dan menggunakan borang pemerhatian mengikut prosedur kajian di ******** dan **********. Sampel kajian terdiri daripada sesi temu bual bersama 2 informan untuk memperoleh data yang lebih tepat.
4.4  Cara Pengumpulan Data
Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi, temu bual dan pemerhatian.
       4.4.1 Dokumentasi
    Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telah diterbitkan seperti sumber buku dan sumber internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan jenis penggunaan sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di ********* dan kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di ***********.
              4.4.2 Pemerhatian
           Kaedah pemerhatian ini telah dijalankan selama satu hari di ********* . Borang pemerhatian ini adalah jenis borang pemerhatian terbuka iaitu pengkaji melihat suasana di ********* sepanjang tempoh berkenaan. Sesi pemerhatian ini telah dijalankan pada********** Begitu juga di **********

             4.4.3 Temu Bual
                  Soalan temu bual yang sesuai telah pengkaji buat untuk mendapatkan dan mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif  kajian. Soalan temu bual terdiri daripada soalan jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di ************ dan soalan mengenai kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di **********. Kajian ini menekankan kesahan sesuatu maklumat. Soalan temu bual ini ditanyakan kepada informan ketika pengkaji mengunjungi ************

4.5  Pemprosesan, Analisis dan Mempersembahkan Data
    Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk menganalisis data daripada temu bual dan pemerhatian serta rujukan untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang telah diperoleh daripada analisis ini menggunakan jadual. Selain itu, pengkaji juga menganalisis data bagi penyataan adalah seperti berikut :

Bahagian A : Mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di **********
Jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid di ***********
Bil
Jenis sains dan teknologi yang digunakan
1
Teknik Menanam Orkid
2
Cara pembiakan Orkid
3
Pembinaan rumah teduhan
4
Penyiraman orkid
5
Pembajaan orkid
6
Teknik kacukan Orkid
7
Rawatan penyakit Orkid
 Jadual 3 : jenis penggunaan sains dan teknologi terhadap tanaman orkid
Sumber : Kajian Lapangan 2017

Bahagian B : Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid di *********
Kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid di *************
Bil
Kesan penggunaan sains dan teknologi.
1
Kualiti biji benih / anak pokok
2
Sebagai Aromaterapi
3
Mengelakkan aktiviti mencari orkid liar di hutan.
4
Potensi perniagaan
5
Kawalan penyakit
7.
Nilai perubatan.
Jadual 4: kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap tanaman orkid
Sumber : Kajian Lapangan 2017




5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

Bab ini menerangkan penilaian analisis data berdasarkan tindak balas informen terhadap temu bual, rujukan dan pemerhatian yang telah dijalankan oleh pengkaji penggunaan sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid di *********. Seterusnya, menganalisis data terhadap jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di ******* dan kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di **********
5.1  Mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid di daerah ***********
5.1.1 Teknik menanam Orkid
           Cara penanaman untuk orkid yang dikelaskan kepada tanah, epifit, memanjat dan litofit. Bagi orkid tumbuh di tanah, sekuranya di hutan orkid jenis ini hidup di hutan yang kaya dengan humus di bawah lindungan kanopi pokok-pokok hutan yang besar. (Geoffrey Hands,2009) Biasanya penanam orkid menggunakan tanah pasuan yang memerlukan tanah sebagai medium untuk hidup. Bagi epifit, sejenis orkid yang hidup menumpang di atas pokok. Walaupun begitu orkid episit bukanlah parasit yang mencuri keperluan perumah. Kini orkid ini menggunakan medium sebagai ganti pokok perumah. Orkid memanjat pula, hidup di tanah dan menjalar atau melilit medium sokongan. Orkid memanjat mempunyai akar udara yang menjadi tempat berpaut pada perumah. Orkid litofit pula, menjadikan batu sebagai medium untuk hidup. Di hutan, orkid jenis ini hidup di batu tepian air terjun yang ditumbuhi dengan lumut dan daun-daun kering. Dikenali sebagai ' Jewel Orchids'.
Penanaman orkid memerlukan penentuan medium yang sesuai mengikut habitat asal seperti Simpodial dan Monopodium. Jenis medium yang biasa digunakan penanam orkid adalah mengikut iklim mikro kawasan penanaman. ( Jabatan Pertanian S. Malaysia ) Pemilihan medium pula, bergantung kepada jenis orkid yang hendak ditanam seperti pecahan arang, habuk kayu, pecahan batu-bata, sabut kelapa, sphagnum moss, tunggul kayu, tanah dan potongan pakis gajah. Bagi orkid epifit, medium tanaman yang sesuai ialah batu- bata, arang, sphagnum moss dan paku pakis gajah. Manakala, untuk tanaman orkid memanjat adalah medium utamanya serbuk kayu beserta campuran medium lain. Bagi Orkid yang hidup di tanah, biasanya medium yang digunakan ialah campuran tanah semaian dan pasir pada kadar 1:1. Disamping orkid yang tidak memerlukan medium tanaman, orkid ditanam menggunakan sabut kelapa dan digantung di dalam pasu. Pembinaan struktur seperti trelis juga dapat memaksimumkan tanaman orkid dengan cara menyangkut. ( Khairi Nordin , 2011) Melalui penyelidikan kini, seorang profesor di UPM berjaya menghasilkan formula medium baru untuk tanaman orkid. ( utusan online, 2011)
Jadual 1 : Jenis orkid sesuai bersama medium.
Jenis orkid
Medium tanaman
Tanah
Campuran tanah semaian
Pasir
Epifit
Paku pakis gajah
Tunggul kayu
Pecahan batu bata
Arang
Serbuk kayu
Memanjat
Sphagnum moss
Tunggul kayu
Litofit
Batu
Sabut kelapa
Pasu tanpa medium
Sumber : kajian lapangan 2017

5.1.2 Cara Pembiakan Orkid
           Pembiakkan orkid terbahagi kepada beberapa cara. Antaranya ialah pembiakan melalui anak benih, pot komuniti, pot individu, pembahagian rumpun, keratan daripada pokok induk dan biji benih atau kultur tisu.(Jabatan Pertanian S. Malaysia,2009) Malah pembiakkan melalui hidroponik juga kini diaplikasikan. (Geoffrey hands, 2009) Pembiakan anak benih biasanya adalah hasil semaian yang dilakukan di dalam makmal yang sudah boleh dipindahkan ke dalam pasu. Orkid yang ditanam secara kelompok di dalam satu pasu dikenali sebagai pasu komuniti di nurseri orkid. Setiap pasu mengandungi antara 10-20 anak pokok. Setelah orkid membesar di dalam pasu komuniti, nurseri akan mengasingkannya ke dalam pasu besar. Selain itu, pembahagian rumpun hanya sesuai untuk orkid simpodial. Manakala, keratan daripada pokok induk yang sesuai untuk orkid monopodial.(Jabatan Pertanian Malaysia,1998)Pokok induk akan mengeluarkan tunas baru. Seterusnya, berdasarkan rujukan ilmiah, proses pemasuan semula orkid boleh dilakukan apabila rumpun yang tumbuh diluar pasu. Hal ini akan menggandakan bilangan orkid.
Penyelidikan terkini, terdapat teknologi baru yang menjadikan orkid sebagai orkid mutan komersil melalui sinaran gama. Pegawai Penyelidik, Sakinah Ariffin dari Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) berkata, projek R&D menggunakan teknologi tersebut atau juga dikenali sebagai projek mutasi aruhan ke atas orkid di agensi terbabit bermula semenjak tahun 1990an lagi dan masih diteruskan sehingga kini. Projek penyelidikan orkid di Agensi Nuklear Malaysia dijalankan dengan objektif untuk menghasilkan varieti baru orkid yang mempunyai ciri yang lebih menarik. Teknologi terbabit dinamakan mutasi aruhan yang menggunakan sinaran gama dari sumber Kobalt-60 (60Cobalt) dan kultur tisu in vitro digunakan untuk melengkapi teknik ini bagi proses penggandaan tisu yang lebih cepat sehingga planlet lengkap diperoleh. (utusan Online, 2013)

5.1.3 Pembinaan Rumah Teduhan
          Pembinaan rumah teduhan merupakan satu struktur wajib untuk dibina oleh nurseri orkid. Pembinaan rumah teduhan adalah amat penting bagi kebanyakan genus orkid. Kebanyakan orkid memerlukan perlindungan daripada cahaya matahari terus seperti habitat asalnya yang hidup di bawah kanopi(kanopi) hutan.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji di nurseri orkid, pengusahanya memilih reka bentuk rumah lindungan berbumbung separa bulat. Selain itu, pengusaha nurseri  tersebut juga membina rak untuk orkid-orkid mereka. Berkenaan dengan jaring teduhan, biasa di pasaran terdapat dua warna iaitu hitam dan hijau. Namun, jaring berwarna hitam lebih popular. Jaring teduhan digunakan untuk memberi kadar teduhan berbeza di nurseri orkid. Pengusaha orkid mengunakan jaring teduhan berwarna hitam dengan kadar teduhan sebanyak 20% bermaksud jaring teduhan menapis cahaya yang diperlukan orkid mengikut keperluan. Suhu, tahap kelembapan dan pencahayaan di dalam rumah teduhan boleh dikawal sepenuhnya oleh pengusaha. Rumah lindungan didirikan bagi mengekalkan kelembapan, mengelakkan pancara ultra unggu serta terik cahaja matahari yang berlebihan.
5.1.4  Penyiraman Orkid
          Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kekerapan pengusaha menyiram orkid sangat jarang. Hal ini kerana orkid lebih mampu bertahan dalam keadaan kurang air berbanding lebih air. Orkid mampu menyimpan air di dalam bebawangnya. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran. Kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor iaitu cuaca semasa, medium tanaman yang digunakan, dan iklim mikro. Merujuk bahan ilmiah, tips penyiraman hendaklah dilakukan sebaik-baiknya pada waktu pagi sahaja. Teknik penyiraman boleh digunakan secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik. ( Geoffrey Hands, 2009)
Pada hasil pemerhatian , pengkaji mendapati pengusaha menggunakan kaedah penyiraman manual. Penyiraman ini menggunakan sumber air paip atau pam. Kerana kaedah penyiraman ini sekata dan siraman terkena keseluruhan orkid. Campuran baja dengan air memudahkan pengusaha untuk menyiram orkid. Penyiraman orkid dilakukan 2 kali sehari. (informen 2 , J4, S1)
5.1.5 Pembajaan Orkid
           Pembajaan adalah sesuatu yang mesti diberikan kepada orkid. Pembajaan perlu menggunakan sukatan kepekatan baja yang rendah untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrien dalam jumlah tertentu pada waktu tertentu. Di pasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual untuk pilihan pengguna. Untuk tumbesaran pokok yang baik, orkid memerlukan unsur -unsur Nitrogen, Fosforus, Kalium, Magnesium, Kalsium, Sulfur, serta nutrien surih seperti Manganam, Zink, Ferum, Boron, Kuprum, dan Molibdenum. ( Jabatan Pertanian Malaysia,1998)
Pemilihan baja organik atau baja kimia, kedua-duanya memberikan kebaikan penggunaan. Kandungan NPK dalam baja organik biasanya tidak tinggi . Baja organik boleh dikelaskan kepada dua iaitu najis haiwan dan berasaskan tumbuhan.  Manakala, baja kimia merupakan baja yang popular digunakan kerana peratusan NPK yang tinggi dan boleh direka bentuk oleh pengguna. Pembajaan dengan baja kimia perlu dilakukan pada lewat petang bagi memberikan masa yang cukup untuk daun dan akar menyerap nutrien. (Jabatan pertanian semenanjung Malaysia,1998). Antara teknik membaja orkid dengan baja kimia adalah melalui siraman, semburan kabus ke daun, bunjut atau bekas baja, tabur, dan bersama penyiraman setiap hari. ( Khairi Nordin, 2014)
Jadual 2 : jenis dan kadungan baja dagangan untuk orkid
Baja Dagangan
N
P
K
Actafas Blue*
Actafas Green*
21
18
21
33
21
18
Bayfolan*,Bio Gro
Bayfolan Foliar Feed*
8
11
8
8
6
6
Cifo Floral K EU*
12
5
35
Foliar Fertilizer 67 (Bio67)*
Foliar Fertilizer 63 ( Bior 63)*
16

21
30

21
18

21
Green Care*
Grofas Yellow*
Grofas Blue
20
22
21
5
22
21
10
10
21
Hargro Liquid Foliar B*
Hargro Liquid Foliar N
11

5
8

8
6

10
Orchidea*
Osmocote
19
14
19
14
19
14
Welgrow*
Westcotts Garden
15
15
30
15
15
-
* : mengandungi unsur- unsur surih
Sumber : Jabatan pertanian Malaysia
Jadual 3 : Jenis dan kandungan bahan organik untuk Orkid
Bahan Organik
N
P
K
Unsur unsur surih
Ikan
5
2
2
B,Ca,Cu,Fe,Mg,Mn,Mo,S,Zn
Buangan ubi kayu



Mo,B Ca,Cu, Fe,Mg,Mn
Tahi ayam
5
4
4
B,Ca,Cu,Mg,Mn,Na,Zn
Buangan kelala sawit
5
5
5
B,Ca,Cu,MgMn,Mo,Zn
Ikan dan tulang
8
8
8
B,Mg,Mo,Mn
Tahi biri-biri
3
1
3
Ca,Cu,Mg,Mo,S
Darah dan tulang
14
4
11
B,Cu,Co,Fe,Mg,Mn,Mo
Lembu




Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia
5.1.6 Teknik kacukan Orkid
         Proses menghibrid orkid memerlukan masa yang panjang untuk melihat hasilnya. Setiap hibrid yang dihasilkan bunga pertama dapat dilihat dalam tempoh masa antara 3 hingga 10 tahun bergantung pada jenis orkid yang dikacukkan.
Antara kaedah untuk menggacukkan bunga ialah mengambil polen dari orkid dan meletakkan polen pada stigma bunga yang melekit pada orkid lain. ( Khairi Nordin, 2014)
Hibrid merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau dua genus yang berlainan. Terdapat tiga kemungkinan yang boleh berlaku untuk kesinambungan proses kacukan orkid. Spesis dengan spesis seperti Bulbophyllum Meen Garuda. Spesis dengan hibrid seperti Cirrhophyllum Lion King. Hibrid dengan hibrid seperti Dendrobium Tungku Abdul Rahman. Pokok penerima polen biasanya ditulis dahulu diikuti dengan pokok yang menyumbang polen.
Proses menghibrid sentiasa diteruskan untuk memperbaiki kualiti dan struktur bunga orkid, mendapatkan warna bunga orkid yang lebih menarik, mengeluarkan baka orkid yang lebih tahan lasak terhadap penyakit, mengeluarkan baka orkid yang dapat berkembang lebih lama, meningkatkan stok orkid untuk memenuhi permintaan pasaran dan mengelakkan aktiviti mencari orkid liar di hutan sehingga orkid diancam kepupusan.

5.1.7 Rawatan Penyakit Orkid
           Pengusahaan tanaman orkid perlu mengambil perhatian terhadap serangan perosak dan penyakit yang boleh menyebabkan kemusnahan tanaman dan mengakibatkan kerugian. Kawasan ladang yang akan di tanam dengan orkid hendaklah dibersihkan dengan menggunakan racun rumpai. Semburan racun perosak perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kerosakan oleh perosak. ( Jabatan Pertanian S. Malaysia, 1998)
Penyakit orkid boleh dibahagikan kepada 4 elemen iaitu virus, bakteria, serangga dan kulat. Caranya dengan memotong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, buang rumpun yang dijangkiti. Jika orkid monopodial,hanya potong daun yang dijangkiti sahaja. Racun kulat yang bersesuaian disembur atau disapu kepada rumpun atau pokok yang sihat untuk mengelakkan jangkitan.(khairi Nordin,2014)
5.2 Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid  di daerah **********
5.2.1 Kualiti biji benih / anak pokok
         Pembiakan orkid boleh boleh dilakukan samaada secara kacukan atau tampang. Pembiakan kacukan biasanya dilakukan untuk dapatkan genus-genus dan variati baru. Bagi pengusahaan orkid secara komersil boleh di dapati dalam dua bentuk iaitu dari kultur tisu atau keratan pokok orkid. Bahan tanaman yang digunakan hendaklah bebas daripada jangkitan virus dan penyakit.
Pengusaha disyorkan menggunakan bahan tanaman tisu kultur kerana faedahnya yang dapat kekalkan sifat-sifat seperti warna dan hasil, pengeluaran anak benih yang seragam,anak benih bebas dari serangan penyakit dan bilangan yang dapat dikeluarkan dalam jangkamasa yang pendek.
Anak-anak benih orkid yang dihasilkan melalui kaedah pengkulturan tisu mempunyai ciri-ciri yang baik seperti bersih, sihat, kadar kejayaan pertumbuhan yang tinggi, mempunyai saiz dan tempoh matang yang seragam, jangka masa mengeluarkan hasil disingkatkan dan kesemua anak benih mempunyai keupayaan hasil yang seragam.( Jabatan pertanian S. Malaysia,1998)         

5.2.2 Sebagai Aromaterapi

Kini, terdapat kegilaan popular bagi peminat orkid mengumpul orkid yang mengeluarkan bau wangi yang boleh berfungsi sebagai aromaterapi untuk pengumpulnya. Di pasaran sekarang terdapat ratusan hibrid orkid yang mengeluarkan bau wangi. Antaranya NOID Cycnoches hibrid, Cynodes Wine Delight, Vanda denisoniana, Cattleya Hawaiian Passion berbau seperti bunga melur, Coelogyne rochussenii orkid liar yang berbau seperti madu dan Aerides lawrencae berbau harum yang kuat.

Orkid yang ditanam mampu memberikan ketenangan kepada pemiliknya. Sekaligus baik untuk kesihatan dan menonjolkan gaya hidupnya elegan. Orkid bukan saja berfungsi sebagai tanaman hiasan sahaja tetapi keunikan dengan terapi melalui bau-bauan yang menyenangkan. Melalui teknik hibrid, orkid berbau wangi kini mendapat permintaan di pasaran dan mengahasilkan produk wangian melalui orkid.

Coelogyne rochussenii merupakan salah satu orkid berbau harum yang ditanam oleh pengusaha informen pertama dalam sesi temubual pertama jawapan ke-7.

5.2.3 Mengelakkan aktiviti mencari orkid liar di hutan.
          Melalui aktiviti hibrid orkid, pengemar orkid tidak perlu ke hutan untuk mencari orkid liar. Di samping kualiti orkid hibrid lebih baik kerana pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar. Saiz bunganya juga lebih besar berbanding orkid liar dan lebih kerap berbunga berbanding dengan orkid liar. Hal ini supaya orkid liar dapat hidup dan mengekalkan populasinya yang semakin terancam. Sikap sesetengah pengemar orkid yang mementingkan keuntungan untuk mengeksploitasi orkid liar di hutan menyebabkan kepupusan orkid dan habitatnya. Faktor utamanya kerana bentuk bunga yang lebih unik, cabaran memelihara orkid liar lebih susah daripada orkid hibrid dan untuk disimpan sebagai induk untuk melakukan proses penghibridan orkid.

5.2.4 Pontensi Perniagaan
          Secara keseluruhan, potensi pasaran dalam negeri untuk bunga keratan termasuk orkid adalah cerah. Peluang pasaran utama dalam negeri ialah pengedar dan peruncit (pemilik kedai bunga) di bandar-bandar utama di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bharu. Saluran pemasaran yang digunakan bergantung keoada saiz ladang yang dimiliki oleh seseorang pengusaha orkid. Kerana permintaan terhadap orkid tidak pernah putus. Orkid merupakan tanaman hiasan yang paling digemari kerana kecantikannya. Pengusaha yang menjalankan usaha ini secara sampingan, kebiasaannya mereka menjual terus kepada pengguna. Bagi pengusaha komersil, mereka menjual bunga-bunga orkid kepada pemborong. Permintaan kepada bunga orkid di pasaran tempatan mempunyai kaitan langsung dengan musim-musim perayaan dan sambutan hari-hari tertentu. Keadaan ini menyebabkan permintaan bunga keratan orkid kurang menentu kerana sesetengah orkid tumbuh mengikut musim selain mendapat permintaan dari pengemar orkid yang sentiasa ada dan bagi memenuhi permintaan pasaran dunia yang kian berkembang.
Bagi pasaran eksport pula, Malaysia antara pengeksport Asia terpenting ke Eropah. Pasaran eksport utama bunga-bunga orkid dari Malaysia ialah negara Singapura, Jepun, Australia, Taiwan, Germany, dan Netherlands. Malaysia kini antara pengeksport yang berjaya meluaskan pasarannya ke beberapa buah negara Eropah Barat. Manakala Singapura pula merupakan pengeksport Orkid utama di Asia.

5.2.5 Kawalan Penyakit.
Kesan penggunaan racun serangga dan kulat ialah mampu merawat penyakit, malah mengelakkan orkid dari terkena penyakit. Pencegahan lebih baik dari merawat. Akar dan daun pokok orkid lebih sihat. Rumpun orkid juga menjadi besar kerana bebas dari sebarang penyakit. Melalui penyelidikan sains kini meracun dilakukan secara berkala bagi mengelakkan imunisasi pokok berkurangan. Penggunaan racun kimia dan racun organik kedua-dua mempunyai kelebihan tersendiri. Racun kimia cepat bertindak dan perlu dikendalikan berhati-hati. Manakala, racun organik bertindak secara sentuh dan makan masa untuk proses penyediaan racun. Kesannya, pokok orkid tampak lebih sihat berbanding terkena serangan penyakit. Tumbesaran orkid juga tidak terbantut. Di samping penggunaan racun serangga, pokok orkid dapat mengekalkan nutrien pada sel-selnya.

6.0 Rumusan
6.1  Rumusan
Kajian ini bertujuan untuk penkaji mendapat manfaat tentang kajian penanaman orkid. Pengkaji akan mendapat pengetahuan tentang orkid secara teori mahupun pratikal, dapat mengasah bakat pemerhatian, menambah pengalaman dan juga medapatkan khidmat nasihat penanaman orkid .
Objektif kajian ini untuk mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid di daerah ******* dan mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid di daerah********.

6.1.1 Kaedah kajian
         Pengkaji menggunakan 3 kaedah kajian iaitu temu bual, pemerhatian dan rujukan.
Melalui temubual yang dijalankan pengkaji telah mengajukan soalan kepada 2 informen. Selain itu, pengkaji juga melakukan pemerhatian untuk mencapai objektif kajian. Di samping pengkaji juha melakukan rujukan berkaitan orkid mengunakan bahan ilmiah.



6.2  Kesimpulan
        Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan sains dan teknologi moden dalam penanaman orkid membantu pengusaha orkid untuk meningkatkan hasil bagi industri florikultur, penyiraman orkid, pembajaan orkid, dan teknik penanaman orkid. Namun begitu,  penggunaan sains dan teknologi dalam bidang penanaman orkid memberikan kesan positif yang banyak. Malah hasil tanaman orkid mendapat permintan tinggi dari dalam negara dan luar negara. Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekaligus menjelaskan kegunaan sains dan teknologi bukan sahaja dari aspek pertanian malah seluruh kehidupan.

7.0 Rujukan
1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4,2007. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Google. https ://maps.google.com.my/ (diakses pada 10 Februari 2017)
3. Jabatan Pertanian Malaysia, 1998. Pakej Teknologi Tanaman Orkid Komersial Untuk Bunga Keratan. Jabatan Pertanian Malaysia.
4. Khairi Nordin, 2011. Variasi Teknik Menanam Dan Menjaga Orkid. Shah Alam: Alaf 21 Publications.
5. Geoffrey Hands,2009. Beginner's Guide to Orchids. Devon England: Kerswell Farm Ltd.
6. Ir. Edhi Sandra dan Nor Hazreen Hamzah. Menghasilkan Anggerik Kerap Berbunga. Kuala Lumpur : Synergy Media
7. Utusan Online, 2013. Teknologi Sinar Gama. Dicapai pada 4/2/2017 dari http://ww1.utusan.com.my.
8. Utusan Online, 2011. Teknologi Baru Industri Orkid. Dicapai pada 4/2/2017 daripada http://ww1.utusan.com.my
9.

8.0 Lampiran
# gambar-gambar sebagai bukti kajian.





SEKIAN, TERIMA KASIH...

(KHAIRUNNISA KHALIL)

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERJA KURSUS BAHASA MELAYU TINGKATAN 6 PENGGAL 3 2017 (STPM) (PENGGUNAAN BAHASA KASAR DALAM NOVEL )

Ini merupakan kerja kursus berkumpulan yang memerlukan Kai meminta izin dan kebenaran dari member-member untuk publish entry ini. kenapa minta izin?  sebab 'ini' adalah hasil usahasama mereka yang berkerja keras dalam menyiapkan kerja kursus ini. bukan hasil kerja Kai sorang saja. Segala kederat tenaga, duit, dan idea mereka dilaburkan dalam kajian ini. Ini amanat dari abang-kakak untuk korang supaya menggunakan contoh ini sebaik mungkin. Niat mereka untuk membantu pelajar2 f6. Jadi, kami harap...tidaklah di'copy' sepenuhnya, jadikan sebagai contoh sahaja. nota: Dan kajian ini telah di-edit terlebih dahulu atas pendapat dari member-member. Beberapa bahagian ada 'Hak Cipta Terpelihara' . Please do mind it. ;) Risiko yang kumpulan kami kena hadap ialah kajian bahasa kasar dan lucah di bulan Ramadhan. sebutan yg perlu dipratis untuk pembentangan...menulis...fikir...selidik korek makna...  untuk Kai yang seumur hidup tak pernah-pernahnya sebut.... Ya ALLAH

CONTOH KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN TINGKATAN 6 PENGGAL 3 2017 (STPM)

ABSTRAK KAJIAN MENGENAI ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT ******* SDN BHD Kajian ini dijalankan ke atas sebuah Syarikat perniagaan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia iaitu Syarikat **** Global Sdn Bhd. Syarikat ini lebih dikenali sebagai ***** Beauty. Objektif kajian ini ialah menganalisis campuran produk berdasarkan perbandingan produk fizikal atau perkhidmatan, klasifikasi produk, atribut produk dan lini produk, menentukan saluran agihan produk dan perantaraan dalam saluran agihan produk, meneliti faktor yang mempengaruhi penentuan harga dan penentuan harga produk dan juga menganalisis campuran promosi iaitu pengiklanan dan promosi jualan serta konsep dan tujuan komunikasi pemasaran bersepadu (IMC). Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pengumpulan data melalui data primer dan data sekunder. Pengkaji mendapat maklumat mengenai **** Beauty laman web dan keratan akhbar. Pengkaji menjalankan kajian mengenai elemen campuran pemasaran yang digu