Skip to main content

CONTOH KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN TINGKATAN 6 PENGGAL 3 2017 (STPM)

ABSTRAK
KAJIAN MENGENAI ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT ******* SDN BHD

Kajian ini dijalankan ke atas sebuah Syarikat perniagaan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia iaitu Syarikat **** Global Sdn Bhd. Syarikat ini lebih dikenali sebagai ***** Beauty. Objektif kajian ini ialah menganalisis campuran produk berdasarkan perbandingan produk fizikal atau perkhidmatan, klasifikasi produk, atribut produk dan lini produk, menentukan saluran agihan produk dan perantaraan dalam saluran agihan produk, meneliti faktor yang mempengaruhi penentuan harga dan penentuan harga produk dan juga menganalisis campuran promosi iaitu pengiklanan dan promosi jualan serta konsep dan tujuan komunikasi pemasaran bersepadu (IMC). Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pengumpulan data melalui data primer dan data sekunder. Pengkaji mendapat maklumat mengenai **** Beauty laman web dan keratan akhbar. Pengkaji menjalankan kajian mengenai elemen campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat ****** Beauty. Pengkaji mengkaji jenis produk yang dikeluarkan oleh Syarikat ****** Selain itu, pengkaji menyelidik penetapan harga yang telah ditetapkan oleh *** Beauty dalam memasarkan produk mereka. Pengkaji juga menjalankan kajian tentang pengagihan dan promosi yang dilakukan oleh syarikat ***** Beauty dalam mempromosikan produk keluaran mereka. Oleh itu, pengkaji mencadangkan bagi aspek produk, syarikat boleh menambah baik dari segi variasi produk yang dihasilkan. Syarikat boleh menghasilkan produk yang lebih banyak dan pelbagai serta tidak tertumpu kepada beberapa produk sahaja. Manakala, aspek saluran pengagihan pula, pengkaji mencadangkan syarikat ***** menambahkan bilangan lori yang menggangkut barang kepada 2 buah lori supaya penghantaran barang dapat diedarkan dengan pantas berbanding sebelumnya menggunakan sebuah lori dan pancuan empat roda jenama Hilux serta berkerjasama dengan pihak perkhidmatan pos barang ke luar negara. Seterusnya, pengkaji mencadangkan syarikat membuka lebih banyak cawangan di kawasan luar bandar dan di luar negara supaya mereka diberi pendedahan dan boleh mencuba produk tersebut. Aspek penetapan harga, pengkaji mencadangkan syarikat melakukan harga psikologi. Aspek promosi pula, terdapat beberapa cadangan buat ****** Beauty iaitu supaya membuat peraduan pada setiap bulan juga membuat promosi untuk semua pekerja dengan menyediakan perkhidmatan penggunaan produknya ditempat kerja dengan kadar yang paling murah. Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa strategi menggunakan campuran pemasaran ini telah membantu ****** Beauty meningkatkan keuntungan dan memastikan kelangsungan syarikat.

















PERKARA               /  HALAMAN

ABSTRAK i

ISI KANDUNGAN  ii-iii

1.0 PENGENALAN          
                                                                                       1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN                                                                                          2

3.0 LATAR BELAKANG/LOKASI KAJIAN                                                        3

4.0 KAEDAH KAJIAN          8-12

4.1 DATA PRIMER

4.1.1 TEMUBUAL

4.1.2 SOAL SELIDIK

4.1.3 PEMERHATIAN

4.2 DATA SEKUNDER

4.2.1 BUKU RUJUKAN

4.2.2 LAMAN SESAWANG

4.2.3 MAJALAH

4.2.4 KERATAN AKHBAR

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN         13-33

5.1 PRODUK
5.1.1 PRODUK
5.1.2 KLASIFIKASI PRODUK
5.1.3 ATRIBUT PRODUK
5.1.4 LINI PRODUK

5.2 PENGEDARAN ATAU PENGAGIHAN          34-45

5.2.1 SALURAN AGIHAN PRODUK
5.2.2 PERANTARAAN DALAM SALURAN 
AGIHAN PRODUK

5.3 PENETAPAN HARGA          46- 59

5.3.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI 
PENETAPAN HARGA
5.3.2 PENDEKATAN PENENTUAN HARGA 
SECARA UMUM

5.4 PROMOSI      60-72

5.4.1 PENGIKLANAN
5.4.2 PROMOSI JUALAN
5.4.3 KONSEP DAN TUJUAN KOMUNIKASI 
PEMASARAN BERSEPADU

6.0 PENUTUP       73-76

7.0 SENARAI RUJUKAN       77-78

8.0 LAMPIRAN       79-81



1.0 PENGENALAN

Menurut, Kotler dan Armstrong (1997) yang menyatakan bahawa campuran pemasaran merupakan kombinasi pemboleh ubah yang digabungkan untuk menghasilkan tanggapan yang diharapkan dari pasaran. Pemasaran adalah suatu proses, analisis, perencanaan, implementasi, koordinasi dan pengendalian program pemasaran yang meliputi kebijakan produk, harga, promosi dan pengedaran dari produk dan idea yang ditawarkan untuk mencipta dan meningkatkan pertukaran manfaat dengan pasar sasaran dalam upaya pencapaian tujuan organisasi.

Campuran pemasaran adalah konsep yang digunakan oleh pemilik perniagaan atau eksekutif pemasaran, pengurus operasi dan juga ushawan dalam mengaplikasikan strategi campuran pemasaran tradisional empat P (4Ps) iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan. Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Justeru itu, yang menjadi teras kepada strategi pemasaran adalah pemilikan strategi campuran pemasaran yang bersesuaian dan menepati sasaran pasaran melalui pelaksanaan yang cekap.

Antara syarikat yang mengamalkan campuran pemasaran ialah Syarikat ***** Global Sdn Bhd. Berdasarkan (www.******beauty.com ) , syarikat ini terletak di Kuantan, Pahang. Syarikat ini merupakan syarikat yang tergolong dalam jenis industry pemasaran. Syarikat ini mula dibina pada Julai 2012. Syarikat ini telah beroperasi selama 6 tahun. Dengan menggunakan kaedah campuran pemasaran dalam perniagaaan, syarikat ini berkembang dengan pesat dan produk kosmetik keluaran jenama mereka dikenali ramai. Syarikat ini juga menghasilkan keuntungan RM 1 juta setiap bulan. ( 18 Oktober 2015, MetroAhad, ms 29)

(Hak Milik Cipta Terpelihara; nama,sejarah syarikat, pengasas, ibu pejabat)

(Hak Milik Cipta Terpelihara; nama-nama produk)

Pengkaji akan mengkaji cawangan (Hak Milik Cipta Terpelihara; nama syarikat. alamat cawangan)

Tujuan pengkaji menjalankan kajian adalah untuk mengkaji campuran pemasaran yang digunakan syarikat ***** Gobal Sdn Bhd. Hal ini kerana, produk keluaran syarikat ini amat terkenal di negara ini dan menjadi keunikan produk kosmetik yang mesra wuduk. Campuran pemasaran merupakan empat elemen penting iaitu produk, harga, saluran agihandan promosi. Syarikat ******* Sdn Bhd menggunakan campuran pemasaran dalam menjalankan perniagaan produk kosmetik mesra wuduk.

Tambahan pula, pengkaji akan mencadangkan strategi pemasaran yang boleh digunakan oleh syarikat ******** Beauty untuk meningkatkan keuntungan dan terus menguasai pasaran. Berdasarkan hasil analisis yang dibuat, antara strategi pemasaran yang boleh dilaksanakan adalah strategi 4P iaitu produk, harga, tempat dan promosi.

Pengkaji akan mencadangkan beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat ***** Beauty untuk meningkatkan lagi kualiti keluaran mereka.



2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh Syarikat ********* Global Sdn Bhd. Objektif-objektif tersebut ialah

1) Menganalisis campuran produk berdasarkan perbandingan produk fizikal atau perkhidmatan, klasifikasi produk, atribut produk dan lini produk Syarikat ******* Global Sdn Bhd

2) Menentukan saluran agihan produk dan perantaraan dalam saluran agihan produk Syarikat ********* Global Sdn Bhd.


3) Meneliti faktor yang mempengaruhi penentuan harga dan penentuan harga produk Syarikat ******** Global Sdn Bhd

4) Menganalisis campuran promosi iaitu pengiklanan dan promosi jualan serta konsep dan tujuan komunikasi pemasaran bersepadu (IMC) Syarikat ******** Global Sdn Bhd

Kesimpulannya, objektif kajian ini bakal menjadi panduan kepada pengkaji untuk menjalankan kajian mengenai syarikat yang dikaji iaitu Syarikat ******** Global Sdn Bhd.



3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sejarah penubuhan ........

Pada Disember 201*,......(mengenai produk)

Oleh kerana terdapat permintaan global terhadap produk ini yang direka khas untuk mesra wuduk dan bebas dari bahan berbahaya,......................( alamat hq dan nyatakan beberapa cawangan serta tempat kajian) ......agar dapat menampung permintaan pengguna terhadap produk dari dalam negara dan luar negara. 

Dengan menyakini industri produk kosmetik, (penembusan pasaran luar malaysia, asbab perniagaan, ejen-stokis)

Produk Syarikat ***** ada beberapa lini produk iaitu ketekalan, kedalaman, dan kelebaran produk. Ketekalan produk Nurraysa dapat dilihat melalui produk yang dikeluarkan syarikat yang tertumpu kepada satu kategori saja iaitu produk kosmetik mesra wuduk manakala kelebaran produk syarikat **** ialah mereka mengeluarkan pelbagai kategori iaitu set penjagaan wajah, set makeup, set penjagaan badan, dan supplement. 

Dari aspek promosi, (penggunaan promosi oleh syarikat, cara mereka promosi produk;ringkaskan)

Seterusnya, harga produk kosmetik yang dipasarkan oleh (ringkaskan)

Pengguna produk jenama Syarikat*********** boleh mendapatkan produk- produk ***** melalui 4000 stokis di seluruh negeri beserta ejen-ejen yang terdapat di setiap daerah. Malah pengedaran yang bergiat aktif dan konsisten yang dijalankan oleh pihak Syarikat ******* menjadikan syarikat maju dan memperoleh keuntungan lumayan. Terkini, ****** Beauty menawarkan produk mereka melalui dalam talian iaitu laman web Lazada, 11street, Mudah.my dan sebagainya. 

Oleh itu, syarikat ****** terbukti mengamalkan kaedah campuran pemasaran dengan berkesan sehingga mampu mendapat tempat ke pasaran luar negara dan dikenali dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 



4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian dijalankan bertujuan menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Bahagian ini menerangkan kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini dengan sempurna. Antara kaedah kajian yang dijalankan pengkaji adalah dengan menggunakan dua sumber data iaitu data primer dan data sekunder.

4.1 DATA PRIMER

Menurut Umi Narimawati (2008) data primer merujuk kepada sumber data yang diperoleh secara langsung daripada sumber asli atau pihak  pertama. Data primer secara khusus dikumpulkan oleh pengkaji untuk menjawab pertanyaan riset dan penelitian. Antara kaedah penelitian melalui data primer yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui pemerhatian di Bandar Baru ****, stokis terbesar di ******. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian di stokis ******* cawangan ****** bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kaedah campuran pemasaran yang dijalankan oleh stokis tersebut. 

4.1.1 PEMERHATIAN

Menurut R. Kuberan (3013), kaedah pemerhatian merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data pemerhatian yang memerlukan pengkaji untuk memerhati situasi sebenar dan produk yang ingin dikaji. Pengkaji juga perlu menyenaraikan produk yang ingin dikaji. Selain itu, pengkaji tidak perlu berkomunikasi dengan sesiapa untuk mendapatkan maklumat. Pengkaji telah menjalankan sebanyak empat kali pemerhatian di stokis****************. Setiap pemerhatian yang dijalankan pengkaji mengambil masa selama dua jam. Melalui pemerhatian ini pengkaji dapat mengetahui jenis produk yang ditawarkan oleh ***************

4.1.2 TEMUBUAL

Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif. Temu bual seumpama ini digunakan untuk mengumpul data tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu produk atau bilangan yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. 

4.2 DATA SEKUNDER

Umi Narimawati (2008) turut mentakrifkan data sekunder sebagai sumber data yang diperoleh melalui media pengantaraan seperti buku atau internet. Data sekunder merupakan sumber data yang diperoleh peneliti secara tidak langsung melalui media perantara. Data sekunder pada umumnya berupa bukti, catatan atau kajian lepas yang telah tersusun dalam arkib, samaada yang diterbitkan atau yang tidak diterbitkan.

4.2.1 BUKU RUJUKAN

Buku rujukan adalah buku yang disimpan untuk dijadikan bahan atau sumber informasi yang tidak diperkenankan diguna diluar gedung perpustakaan tersebut. (http://www.pengertianmenurutparaahli.com ). Dalam kajian ini pengkaji memudahkan pengkaji membuat kajian. Antara buku rujukan yang digunakan adalah buku Pengajian Perniagaan Penggal 1 karya Cikgu Azly. Pengkaji telah menggunakan menggunakan buku rujukan tersebut untuk mencari definisi mengenai campuran pemasaran. Maksud setiap elemen seperti produk, penetapan harga dan promosi juga diambil dari buku tersebut. Selain itu, pengkaji turut menggunakan buku Asas Pengurusan Perniagaan karya Abu Bakar Hamed, Rusmila Mohd Daud dan Siti Nabihah. Antara maklumat yang diperoleh oleh penyelidik adalah maklumat mengenai campuran pemasaran. Pengkaji juga menggunakan buku Pengajian Perniagaan Penggal 1 terbitan Oxford Fajar karya Mokhtar Pet untuk maksud dan konsep campuran pemasaran.

4.2.2 LAMAN SESAWANG

Menurut El-Ansary, Frost (2003) laman sesawang atau lebih dikenali sebagai internet merupakan jaringan komunikasi yang bersifat luas dan memudahkan proses pencarian maklumat. Pengkaji telah melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk kajian untuk mendapatkan maklumat. Melalui kaedah ini pengkaji dapat mencari gamabr-gambar produk ************** .

4.2.3 KERATAN AKHBAR

Menurut MyKamus.com keratan akhbar membawa maksud bahagian yang dipotong daripan halaman surat khabar. Pengkaji telah mencari maklumat melalui saluran akhbar Utusan Online dan Harian Metro. Melalui akhbar ini membolehkan pengkaji mendapat maklumat mengenai promosi yang dijalankan oleh ************.

4.2.4 KATALOG ONLINE


Maksud katalog online yang dikenali sebagai Online Public Access Catalog adalah katalog yang data bibliografinya disimpan dalam database komputer (www.kelasbelajarku.com). Menurut Horgan (1994,1) menyatakan OPAC adalah suatu sistem temu balik informasi, dengan satu sisi masukan (input) yang menggabungkan pembuatan file  yang tercantum dan indeks. Pengguna dapat menggunakan OPAC untuk menjawab permintaan atau pertanyaan tertentu dan menjadi salah satu sarana atau alat bantu untuk menerusi makluamat di perpustakaan yang menggunakan sistem komputer yang terpasang jaringan LAN (Local Area Network). Tujuannya adalah untuk memberi cukup informasi tentang produk-produk tersebut sehingga memudahkan pelanggan untuk memilih produk yang diingininya. Umumnya, katalog online juga disertai dengan gambar produk (www.kelasbelajarku.com). Pengkaji telah menggunakan katalog yang dipaparkan oleh **************** dalam portal rasmi, Telegram, Instagram, Facebook, Twitter dan aplikasi jual beli atas talian (Lazada, 11Street dan Mudah.my) untuk mengetahui promosi potongan harga yang ditawarkan.  


5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN         


5.1 PRODUK

5.1.1 PRODUK

5.1.2 KLASIFIKASI PRODUK

5.1.3 ATRIBUT PRODUK

5.1.4 LINI PRODUK



5.2 PENGEDARAN ATAU PENGAGIHAN          



5.2.1 SALURAN AGIHAN PRODUK

5.2.2 PERANTARAAN DALAM SALURAN 

AGIHAN PRODUK



5.3 PENETAPAN HARGA          



5.3.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI 

PENETAPAN HARGA

5.3.2 PENDEKATAN PENENTUAN HARGA 

SECARA UMUM



5.4 PROMOSI     



5.4.1 PENGIKLANAN

5.4.2 PROMOSI JUALAN

5.4.3 KONSEP DAN TUJUAN KOMUNIKASI 

PEMASARAN BERSEPADU



(-- HARAP MAAF, di bahagian dapatan kajian Kai tak dapat tunjuk contoh kerana bahagian ini bahagian paling sulit. mengunakan nama syarikat untuk perbandingan. dan hasil kajian juga menggunakan data-data, graf dan sbgainya. Jadi segala hasil dapatan kajian perlu disimpan-jaga rapi. Ini berkenaan dengan pemasaran peniagaan syarikat yang sebenar; untuk mengelakkan sebarang dapatan kajian(andaian) disalah guna oleh pembaca, juga demi menjaga imej dan nama baik syarikat. Sekian)

(-- Berkenaan dengan rumusan juga, Kai mintak rujuk penjelasan diatas. Manakala untuk rumusan, adik-adik hanya perlu merumuskan/ membuat kesimpulan daripada hasil dapatan kajian adik-adik. asing disetiap perenggan berkenaan sesuatu sub-kajian. Lebih kurang buat report experiman saja; hipotesis, jalankan kajian, hasil kajian, perbandingan, akhir sekali kesimpulan. okeyh? ;) )


(-- Rujukan dan Lampiran Kak Kai banyak melibatkan nama syarikat. Harap memahami, ini saja yang boleh Kak Kai tolong untuk kerja kursus PP. Kalau hasil kajian tak terlalu 'berat', hehe Kak Kai dah tolong tapi..... di bahagian ini ia tak menyebelahi kalian. Alternatif lain seperti blog seniors2, academia, scribd, atau beberapa platform lain mungkin boleh membantu. I mostly rujuk blog juga klik sini; alternatif lain dan akan rujuk cikgu banyak kali untuk confirm format dan sebagainya.)



SEKIAN, SELAMAT BERJAYA SIAPKAN ASSIGNMENT.
--kak kai akan mengiringi korang dengan doa.


May our life be blessed. No matter what.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERJA KURSUS PENGAJIAN AM TINGKATAN 6 PENGGAL 2 2017 (STPM)

9809XX-07-XXXX TAJUK : PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PENANAMAN ORKID TEMPATAN OLEH   PENGUSAHA DI ********** ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid tempatan di *******. Objektif  kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di Butterworth dan mengkaji penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di ********. Kajian ini dijalankan di************************************ Informen kajian ini ialah Encik ****** dan Encik ******. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual, pemerhatian, dan rujukan perpustakaan. Data di analisis melalui skrip temu bual yang melibatkan 2 orang informen. Pengkaji menyediakan 12 soalan untuk di temu bual oleh pengkaji. Selain itu pengkaji melakukan pemerhatian di lokasi kajian untuk mendapatkan maklumat.  Dapatan utama bagi kajian ini

CONTOH KERJA KURSUS BAHASA MELAYU TINGKATAN 6 PENGGAL 3 2017 (STPM) (PENGGUNAAN BAHASA KASAR DALAM NOVEL )

Ini merupakan kerja kursus berkumpulan yang memerlukan Kai meminta izin dan kebenaran dari member-member untuk publish entry ini. kenapa minta izin?  sebab 'ini' adalah hasil usahasama mereka yang berkerja keras dalam menyiapkan kerja kursus ini. bukan hasil kerja Kai sorang saja. Segala kederat tenaga, duit, dan idea mereka dilaburkan dalam kajian ini. Ini amanat dari abang-kakak untuk korang supaya menggunakan contoh ini sebaik mungkin. Niat mereka untuk membantu pelajar2 f6. Jadi, kami harap...tidaklah di'copy' sepenuhnya, jadikan sebagai contoh sahaja. nota: Dan kajian ini telah di-edit terlebih dahulu atas pendapat dari member-member. Beberapa bahagian ada 'Hak Cipta Terpelihara' . Please do mind it. ;) Risiko yang kumpulan kami kena hadap ialah kajian bahasa kasar dan lucah di bulan Ramadhan. sebutan yg perlu dipratis untuk pembentangan...menulis...fikir...selidik korek makna...  untuk Kai yang seumur hidup tak pernah-pernahnya sebut.... Ya ALLAH