CONTOH KERJA KURSUS BAHASA MELAYU TINGKATAN 6 PENGGAL 3 2017 (STPM) (PENGGUNAAN BAHASA KASAR DALAM NOVEL )
Ini merupakan kerja kursus berkumpulan yang memerlukan Kai meminta izin dan kebenaran dari member-member untuk publish entry ini.
kenapa minta izin?
sebab 'ini' adalah hasil usahasama mereka yang berkerja keras dalam menyiapkan kerja kursus ini. bukan hasil kerja Kai sorang saja. Segala kederat tenaga, duit, dan idea mereka dilaburkan dalam kajian ini.
Ini amanat dari abang-kakak untuk korang supaya menggunakan contoh ini sebaik mungkin. Niat mereka untuk membantu pelajar2 f6. Jadi, kami harap...tidaklah di'copy' sepenuhnya, jadikan sebagai contoh sahaja.
nota: Dan kajian ini telah di-edit terlebih dahulu atas pendapat dari member-member. Beberapa bahagian ada 'Hak Cipta Terpelihara' . Please do mind it. ;)
Risiko yang kumpulan kami kena hadap ialah kajian bahasa kasar dan lucah di bulan Ramadhan. sebutan yg perlu dipratis untuk pembentangan...menulis...fikir...selidik korek makna...
untuk Kai yang seumur hidup tak pernah-pernahnya sebut....
Ya ALLAH...rasa berdosa sangat waktu tu. Haihh.
SENARAI KANDUNGAN
Penghargaan
1.0 Pengenalan
1.1 latar belakang
1.2 definisi konsep
2.0 Objektif kajian
3.0 Kepentingan kajian
4.0 Skop kajian
5.0 Batasan kajian
6.0 Kaedah kajian
6.1 mendapatkan bahan data
7.0 Dapatan kajian
7.1 senarai bahasa kasar
7.2 penilaian penggunaan bahasa kasar
7.3 kesan penggunaan bhasa kasar
8.0 Rumusan
9.0 Penutup
Bibliografi
kenapa minta izin?
sebab 'ini' adalah hasil usahasama mereka yang berkerja keras dalam menyiapkan kerja kursus ini. bukan hasil kerja Kai sorang saja. Segala kederat tenaga, duit, dan idea mereka dilaburkan dalam kajian ini.
Ini amanat dari abang-kakak untuk korang supaya menggunakan contoh ini sebaik mungkin. Niat mereka untuk membantu pelajar2 f6. Jadi, kami harap...tidaklah di'copy' sepenuhnya, jadikan sebagai contoh sahaja.
nota: Dan kajian ini telah di-edit terlebih dahulu atas pendapat dari member-member. Beberapa bahagian ada 'Hak Cipta Terpelihara' . Please do mind it. ;)
Risiko yang kumpulan kami kena hadap ialah kajian bahasa kasar dan lucah di bulan Ramadhan. sebutan yg perlu dipratis untuk pembentangan...menulis...fikir...selidik korek makna...
untuk Kai yang seumur hidup tak pernah-pernahnya sebut....
Ya ALLAH...rasa berdosa sangat waktu tu. Haihh.
SENARAI KANDUNGAN
Penghargaan
1.0 Pengenalan
1.1 latar belakang
1.2 definisi konsep
2.0 Objektif kajian
3.0 Kepentingan kajian
4.0 Skop kajian
5.0 Batasan kajian
6.0 Kaedah kajian
6.1 mendapatkan bahan data
7.0 Dapatan kajian
7.1 senarai bahasa kasar
7.2 penilaian penggunaan bahasa kasar
7.3 kesan penggunaan bhasa kasar
8.0 Rumusan
9.0 Penutup
Bibliografi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kami panjatkan kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga kami menyiapkan kerja kursus bahasa Melayu kertas 5 (910/5) penggal 3 tahun 2017 yang bertajuk, “Penggunaan Bahasa Kasar dalam Novel “***”.
Terlebih dahulu kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan *** iaitu Tuan Haji Mohd Munir bin Md Ramli dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Puan Rozita Binti Idris kerana mereka telah memberi keizinan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan .. teratur. Di samping itu, tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti iaitu Puan Shamshul Khamariah binti Salim kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dan ibu bapa kami yang ikhlas membantu untuk memastikan kerja kursus yang dilakukan ini berjalan dengan lancar.
Muhammad Najmi bin Mohd Zaini
Khairunnisa Mahirah binti Khalil
Nurumairah binti Mansor
Nurhayati Mohd Akhir
Julai, 2017
1.0 PENGENALAN
Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.
1.1 Latar Belakang Kajian
Kajian ini bertajuk penggunaan bahasa kasar dalam novel ‘***’. Novel ‘***’ adalah salah sebuah novel terbitan syarikat buku ***, Petaling Jaya, iaitu sebuah syarikat yang menitikberatkan bahasa-bahasa urban dan kontemporari. Novel ini ditulis berdasarkan sebuah dunia khayalan dan kenyataan oleh seorang anak muda yang bernama ****. Novel ini diterbitkan pada tahun 201* dan menjadi antara novel yang terlaris dalam pasaran di Malaysia.
Novel ini menceritakan sebuah kisah enam orang sahabat iaitu Afiq, Najmi, Syida, Alwanie, Hanafi Rahamat, dan Hazim yang meluangkan masa lapang mereka dengan menjalankan aktiviti “Ghost Hunter” atau lebih dikenali sebagai aktiviti paranormal. Mereka telah pergi ke sebuah bangunan lama yang berhantu untuk menjalankan misi tetapi mereka tidak menyedari bahawa mereka mula diganggu apabila setibanya mereka di lokasi tersebut. Salah seorang rakan mereka, iaitu Hazim atau lebih dikenali sebagai Ajim telah mengajak rakan-rakannya bermain permainan “Sprit of The Coin”, iaitu sebuah permainan untuk memuja hantu, namun .................. tersebut. Pada kemuncak cerita kesemua watak meninggal dunia seorang demi seorang dalam keadaan yang mengerikan. Selanjutnya, salah seorang watak ................................................................................ berlaku. Pada pengakhiran cerita, dalang di sebalik kejadian ................... Kesemua mereka meninggal dunia kecuali............................... Novel ini mempunyai 2* bab disertakan juga prolog dan epilog.
Seterusnya, Novel terbitan *** menggunakan banyak bahasa kasar terutama berkaitan kajian para pengkaji iaitu Novel “ **** ”. Kajian yang dilaksanakan oleh para pengkaji ini adalah untuk mendalami maksud yang tersirat disebalik bahasa kasar. Selain itu, kajian ini belum pernah dikaji oleh pengkaji lain untuk dijadikan bahan kajian.
(-..- menyebabkan group kami kebuntuan dalam mencari sumber. sumber yang sangat terhad. Alhamdullillah, dengan jayanya ia siap. risiko yang kami terpaksa tanggung adalah per-markah-an kami.)
1.2 Definisi Konsep
1.2.1 Definisi Novel
Menurut Shahnon Ahmad, (1988:4), novel adalah satu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia menerusi satu bentuk sastera, iaitu cereka. Ia adalah satu rangkuman tiga faktor utama yang timbal-menimbal antara satu dengan yang lain, iaitu pengalaman peribadi, realiti rencaman hidup, dan imaginasi serta idea yang tercetus dari ketiga-tiga faktor itu berpusar pada satu tahap saja, iaitu kehidupan manusia dalam segala liku-liku, keserabutan dan kerencamannya.
Menurut S. Othman Kelantan, (1987:14) perkataan ‘novel’ ini berasal dari perkataan Itali, iaitu novella atau novellete yang dimaksudkan kepada suatu cerita dalam bentuk prosa yang panjang dan mempunyai isi yang tertentu dan baru diperkenalkan. Sebab itu novella atau novellete itu dikatakan juga sebagai genre kesusasteraan yang baru. Ertinya ‘novel’ itu adalah karya fiksyen dalam bentuk prosa, dan bentuk seumpama itu sangat baru dalam perkembangan kesusateraan dunia. ‘Novel’ mempunyai ciri-ciri yang berlainan sekali daripada hikayat atau romans.
Oleh itu, para pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa novel ialah (*hasil kajian tidak dibenarkan untuk dipaparkan oleh ahli group Kak Kai, harap faham ). Novel adalah salah satu bentuk dari sebuah karya sastera.
1.2.2 Definisi Bahasa Kasar
Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, (1993:305), bahasa kasar digunakan dalam suasana emosi yang negatif, seperti marah dan benci, iaitu apabila hilang rasa hormat kepada orang yang dilawan bercakap. Dua ciri utama bahasa kasar ini ialah pertama, penggunaan kata ganti diri ‘aku’, ‘kamu’, ‘engkau ‘ dan kedua, pemilihan perkataan seerti yang kasar, umpamanya ‘otak’ untuk ‘fikiran’, ‘jantan’ untuk ‘lelaki’ atau ‘betina’ untuk ‘perempuan’.
Bahasa kasar ialah bahasa yang tidak mementingkan amalan sopan santun dalam berbahasa. Kata-kata kasar terbahagi kepada dua, iaitu bahasa kasar biasa dan bahasa kesat. Bahasa kasar biasa menggambarkan penutur tersebut mempunyai tahap pendidikan yang rendah atau sifatnya yang tidak tahu berbahasa dengan baik. Bagi bahasa kasar kesat pula, digunakan ketika marah dan maki hamun, mengutuk, mencarut dan sebagainya. Bahasa kasar dapat dikaitkan dengan bahasa yang digunakan oleh golongan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan bermoral rendah. (http://www.aimanfashah.blogspot.com)
Kesimpulannya, bahasa kasar tidak...( *hasil kajian tidak dibenarkan untuk dipaparkan oleh ahli group Kak Kai, harap faham) .
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
a) Mengenal pasti dan menyenaraikan bahasa kasar dalam novel
b) Membincangkan penggunaan bahasa kasar yang terdapat dalam novel
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini adalah untuk
a) Memberi ilmu dan pengetahuan kepada orang ramai tentang penggunaan bahasa kasar yang terdapat di Malaysia.
b) Dijadikan sebagai sumber pembelajaran dalam penggunaan bahasa kasar
c) Menambahkan dokumentasi kajian yang berkaitan dengan bahasa kasar.
(-- harapnya kami memenuhi ketiga-tiga kepentingan kajian itu.)
4.0 SKOP KAJIAN
Fokus kajian ini adalah pada penggunaan bahasa kasar dalam novel “ *** ” dan maksud yang tersirat di sebalik penggunaan bahasa kasar dalam novel tersebut. Selain itu, kajian ini juga berfokuskan kepada penggunaan bahasa kasar untuk situasi tidak formal dalam novel.
5.0 BATASAN KAJIAN
Kajian yang dilakukan oleh para pengkaji hanya terbatas kepada variasi bahasa kasar yang terdapat dalam novel sahaja. Selain itu, para pengkaji juga tidak mengkaji bahasa kasar dalam novel berdasarkan latar belakang penulis novel. Seterusnya, kajian terbatas pada lokasi yang terdapat dalam novel sahaja, pengkaji tidak mengkaji lokasi sebenar.
6.0 KAEDAH KAJIAN
Dalam bahagian ini, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan.
Kajian kepustakaan
Buku dijadikan bahan atau sumber dalam kajian ini bagi mencari maksud atau makna sesebuah perkataan yang tidak diketahui. Kaedah ini digunakan dengan cara merujuk buku rujukan yang terdapat di perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia yang dikunjungi pada 15 Jun 2017 pada jam 10:00 pagi. Sebanyak 9 buah buku yang ditemui oleh para pengkaji akan digunakan dalam kajian meliputi daripada segi makna dan penerangan yang lengkap mengenai kajian ini. Selain itu, para pengkaji juga telah berkunjung ke Perpustakaan Awam Seberang Jaya dan Perpustakaan Awam Kulim pada 3 Jun 2017 pada jam 12:30 tengah hari dan 4 Jun 2017 pada jam 2 petang.
Internet juga dijadikan bahan atau sumber lain dalam kajian ini. Kaedah ini digunakan dengan cara melayari laman-laman blog yang berkaitan dengan maksud bahasa kasar.
6.1 Pengumpulan Data
b) Kaedah Analisis Teks/ Kandungan
i) Teks Moden
Teks moden yang diguna pakai oleh para pengkaji ini dipinjam daripada Ummi Farzana Izzati bt Abu Bakar yang juga merupakan rakan sekelas kepada para pengkaji. Selain itu, teks moden yang dikaji telah dibuat salinan kepada semua pengkaji supaya masing-masing dapat membaca teks moden tersebut. Melalui teks moden ini, para pengkaji dapat mengelaskan bahasa kasar dan mencari maksud-maksud disebalik bahasa kasar di perpustakaan dan juga internet serta dapat menyenaraikan bahasa-bahasa kasar yang dikaji melalui teks moden ini ke dalam kajian para pengkaji.
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian iaitu mengenal pasti dan menyenaraikan bahasa kasar dalam novel.
a) Antara bahasa kasar yang terdapat dalam novel “ *** ” ialah :~
Bil Contoh/ Dialog / Muka Surat
1 “Belum lagi. Tunggu kau bangun la sial. Ingat mati dah. Aku dah nak call van mayat dah tadi.” 8
2 “Hoi! Termenung macam mati bini pasai pa?” bentak fiq. 12
3 “Kat afterlife nanti memang aku kejar Amat pakai parang ah lepastu. Celaka jadi punca gua mati muda!” aku menambah. Kami semua ketawa berdekah-dekah. Al tersenyum melihat tingkah kami. 14
4 “HAHAHAHA! KAU HANYA HAFAZ! KAU SENDIRI TIDAK FAHAM APA YANG KAU LAFAZ! BACAAN KAU KOSONG! BODOH! HAHAHAHAHA!” 239
5 “Sial! Manusia sial! Jahanam! Pergi mampus!” kata-kata yang Syira hamburkan tatkala Fiq sedang membaca. 45
6 “Korang pergi manalah sial?! Tinggalkan aku sorang-sorang dalam tu! Haram jadah aku jerit takde yang menyahut! Kimak betul!” bentak Amat sambil berlari ke arah kami, marah. 46
7 Sial. Aku patut tahu tipu helahnya dari awal! Aku patut tahu yang makhluk keparat ini tidak boleh dipercayai langsung! 315
8 “Okay, okay! Sakit la sial!” Amat segera bangkit, memegang bahunya yang berbalut. “Pundek la kau kejut elok-elok sikit,” Amat mengomel sambil berdiri. 279
9 “Shit!!” tindak balas reflex aku terhadap suara tadi adalah dengan melompat ke arah amat yang berada di hadapan. Kami berdua terjatuh. Mereka yang lain menyuluh ke arah kami. Kemudian kami dibantu Fiq untuk bangun. Aku yakin yang aku mendengar satu suara perempuan berbisik halus disebelah kanan telinga tadi. 31
10 “Tiga kali. First, kat belakang rumah aku. Lepas aku mandi, aku jenguk luar tingkap kejap, and aku nampak ada awek ni berdiri tepi gate. Bila usha betul-betul, aku nampak muka dia macam Syira,” katanya beriya-iya. 105
11 “Waaahh I misss you, bitch!” katanya sambil berlari lalu menghempas badan di atas katil. Seluruh bilik Amat boleh dikatakan syurga bagi remaja sebaya kami. 193
12 “Fuck! AJIM!” Jerit Amat, terkejut. 137
13 “Aku pun tak hingin pakai spender kau lah, bingai!” 195
14 “Bangsat, apa kau nak sial?!” 231
15 “Fiq, jom cari toilet. Aku nak kencing.” 25
16 “Takpelah. We’ll figure up something later. Kita makan dululah. Kebulur dah ni.” 199
17 “Apa lagi, sekarang la masa nak beromen ramai-ramai. Double threesome. Haha!” Amat ketawa, selamba. 13
18 “Bullshit! Kalau aku tahu baik aku suruh dia kiss aku!” teriak Amat. 21
19 “Ouch!” Sakit apabila cuba membengkokkan jari ke dalam. Aku teringat kembali mimpi semalam. Holy-shit. Mimpi tadi... bukan mimpi biasa! 68
20 “Woi, woi! Sabor la setan! Pecah pintu ni aku pecahkan kepala kau!” teriak Jimie dari dapur. 109
21 “Dah la pergi tidurlah. Aku barai ni. Tutup lampu.” Dia terus merebahkan diri di katil. 203
Jadual 1: Dialog Bahasa kasar yang digunakan dalam novel “ *** ”
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘sial’ di dalam pertuturan antara Jimie dan Afiq. Dialognya seperti yang berikut:
“Belum lagi. Tunggu kau bangun la sial. Ingat mati dah. Aku dah nak call van mayat dah tadi.”
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘celaka’ di dalam pertuturan antara Amat dengan Jimie. Dialognya seperti yang berikut:
“Woi celaka, jangan macam-macam la! “ Amat yang biasanya berhati kering tiba-tiba terbeliak mata mendengar cabaran aku.
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘bodoh’ di dalam pertuturan makhluk halus bernama Erisha. Dialognya seperti yang berikut:
“HAHAHAHA! KAU HANYA HAFAZ! KAU SENDIRI TIDAK FAHAM APA YANG KAU LAFAZ! BACAAN KAU KOSONG! BODOH! HAHAHAHAHA!”
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘jahanam’ di dalam pertuturan antara Syira dan monolog Jimie. Dialognya seperti yang berikut:
Fiq dengan muka yang tenang masih lagi menerskan bacaannya. Rontaan Syiraa semakin kuat, aku sendiri hampir terlepas tangan akibat dicakar pergelangan tangan. Gila tajam kuku minah ni.
“Sial! Manusia sial! Jahanam! Pergi mampus!” kata-kata yang Syira hamburkan tatkala Fiq sedang membaca.
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘haram jadah’ di dalam pertuturan Amat. Dialognya seperti yang berikut:
“Korang pergi manalah sial?! Tinggalkan aku sorang-sorang dalam tu! Haram jadah aku jerit takde yang menyahut! Kimak betul!” bentak Amat sambil berlari kearah kami, marah.
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘gila’ di dalam pertuturan watak Jimie dan Amat. Dialognya seperti yang berikut:
“Tadilah gila. Masa orang sibuk layan roh sapa... Maliki...Malika ke apa bendalah tadi nama dia. Kau buat senamrobik tiba-tiba.”
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘pundek’ dalam pertuturan antara Amat dan Jimie . Dialognya seperti yang berikut:
“Ceh… Pundek je ayat,” jawabnya sambil melangkah masuk ke rumah.
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan “Shit” di dalam pertuturan Jimie . Dialognya seperti yang berikut:
Shit. That was close! Bisik hati aku sambil menghentak stereng beberapa kali.
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘awek’ di dalam pertuturan Amat . Dialognya seperti yang berikut:
“Tiga kali. First, kat belakang rumah aku. Lepas aku mandi, aku jenguk luar tingkap kejap, and aku nampak ada awek ni berdiri tepi gate. Bila usha betul-betul, aku nampak muka dia macam Syira,” katanya beriya-iya.
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan “bitch” di dalam pertuturan Amat . Dialognya seperti yang berikut:
“Waaahh I miss you, bitch!” katanya sambil berlari lalu menghempas badan di atas katil. Seluruh bilik Amat boleh dikatakan syurga bagi remaja sebaya kami.
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan “fuck” di dalam pertuturan Jimie . Dialognya seperti yang berikut:
“FUCK LA KAU NI SETAN!!” marah aku. Aku kembali ke belakang, bersandar pada dinding.
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘bingai’ di dalam pertuturan Jimie . Dialognya seperti yang berikut:
“Aku pun tak hingin pakai spender kau lah, bingai!”
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘bangsat’ di dalam pertuturan Afiq . Dialognya seperti yang berikut:
“BANGSAT! Sampai bila kau biarkan aku macam ni?!”
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘kebulur’ di dalam pertuturan Amat . Dialognya seperti yang berikut:
“Takpelah. We’ll figure up something later. Kita makan dululah. Kebulur dah ni.”
Penutur bahasa kasar dalam novel ini menggunakan perkataan ‘kencing’ di dalam pertuturan Jimie . Dialognya seperti yang berikut:
“Fiq, jom cari toilet. Aku nak kencing.”
(--haaaaa, nampak? sebanyak mana korang scroll dan baca (bohong lah kalau tak sebut sama) , sebanyak lagi berganda kami kena hadap di bulan Ramadhan. Kena bertaubat setiapkali habih satu sesi kajian. bayangkan berapa banyak sesi kajian? untuk novel ini saja. sebelum mula kajian dan pemilihan novel? 3-4 buah novel kena tapis sebelum pilih. berpinar mata, buasir otak, short-circuit akal?? kerja-kerja kajian penuh teliti yang perlu pertapaan? retyping words yang lucah? hm. Kai punya tempoh recovering dari menyebut benda-benda ini agak lama juga, selepas fasa assignment nih habis, masih susah nak hilangkan perkataan-perkataan dia sampai sekarang. Control sehabis boleh. (Kesan sampingan selepas kajian : dah pandai sebut bahasa kasar. ) )
7.2 Membincangkan penggunaan bahasa kasar berdasarkan novel ‘ *** ’.
Penggunaan bahasa kasar banyak digunakan dalam novel ‘ *** ’ kerana dengan adanya bahasa kasar dapat menguatkan watak yang dilakonkan dalam novel ini. Hal ini dapat memaparkan pelbagai gaya dan intonasi bahasa.
“Belum lagi. Tunggu kau bangun la sial. Ingat mati dah. Aku dah nak call van mayat dah tadi. “
Dialog ini dituturkan oleh watak Afiq untuk berkomunikasi dengan Jimie. Penggunaan perkataan sial seperti diatas seharusnya membawa maksud nasib malang akan tetapi penggunaan perkataan sial dalam dialog ini menunjukkan kemesraan antara sahabat.
Maksud penggunaan sial dalam konteks ayat diatas ialah kawan kerana pengkaji mendapati emosi watak sebagai penutur tidak menunjukkan sifat antagonis atau marah. Ritma, nada atau ragam yang digunakan berunsurkan gurauan semata-mata. (* contoh, yang belum kami baiki atau bukan sempurna. )
“Hoi! Termenung macam mati bini pasai pa?” bentak Fiq.
( *hasil kajian)
“Kat afterlife nanti memang aku kejar Amat pakai parang ah lepastu. Celaka jadi punca gua mati muda!” aku menambah. Kami semua ketawa berdekah-dekah. Al hanya tersenyum melihat tingkah kami.
Kajian para pengkaji mendapati perkataan bahasa kasar yang terdapat dalam dialog diatas ialah celaka dan mati. Celaka memberikan maksud nasib malang atau binasa. Selain itu, mati pula memberi maksud meninggal dunia. Perbezaan diantara kedua-dua perkataan diatas ialah celaka tidak boleh digantikan dengan bahasa halus akan tetapi mati boleh digantikan dengan bahasa halus iaitu meninggal dunia bagi konteks dialog diatas. Perkataan celaka kebiasaannya digunakan oleh individu yang berada dalam keadaan atau semasa beremosi. Gaya dan intonasi dalam dialog ini memperlihatkan watak Jimie yang kelihatan marah dengan gurauan kasar rakan-rakannya. (* contoh, yang belum kami baiki atau bukan sempurna)
“HAHAHAHA! KAU HANYA HAFAZ! KAU SENDIRI TIDAK FAHAM APA YANG KAU LAFAZ! BACAAN KAU KOSONG! BODOH! HAHAHAHAHA!”
(*hasil kajian)
“Sial! Manusia sial! Jahanam! Pergi mampus!” kata-kata yang Syira hamburkan tatkala Fiq sedang membaca.
(* hasil kajian)
“Korang pergi manalah sial?! Tinggalkan aku sorang-sorang dalam tu! Haram jadah aku jerit takde yang menyahut! Kimak betul!” bentak Amat sambil berlari ke arah kami, marah.
(*hasil kajian)
Sial. Aku patut tahu tipu helahnya dari awal! Aku patut tahu yang makhluk keparat ini tidak boleh dipercayai langsung!
(*hasil kajian)
“Okay, okay! Sakit la sial!” Amat segera bangkit, memegang bahunya yang berbalut. “Pundek la kau kejut elok-elok sikit,” Amat mengomel sambil berdiri.
(*hasil kajian)
Shit. That was close! Bisik hati aku sambil menghentak stereng beberapa kali.
(*hasil kajian)
“Cibs kau ni pemalas betul! Ingat aku ni kuli kau ke?” jawabnya
(*hasil kajian)
“Waaahh I misss you, bitch!” katanya sambil berlari lalu menghempas badan di atas katil. Seluruh bilik Amat boleh dikatakan syurga bagi remaja sebaya kami.
(*hasil kajian)
“Fiq, jom cari toilet. Aku nak kencing.”
(*hasil kajian)
“Takpelah. We’ll figure up something later. Kita makan dululah. Kebulur dah ni.”
(*hasil kajian)
“Apa lagi, sekarang la masa nak beromen ramai-ramai. Double threesome. Haha!” Amat ketawa, selamba.
(*hasil kajian)
“Woi, woi! Sabor la setan! Pecah pintu ni aku pecahkan kepala kau!” teriak Jimie dari dapur.
(*hasil kajian)
“Dah la pergi tidurlah. Aku barai ni. Tutup lampu.” Dia terus merebahkan diri di katil.
(*hasil kajian)
8.0 RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa penggunaan bahasa kasar dalam penerbitan novel ‘ *** ’ dilihat tidak menepati penggunaan bahasa Melayu yang sebenar. Penulis menggunakan bahasa kasar yang agak tidak sopan dalam pembikinan novelnya. Penulis menggunakan bahasa kasar yang sering digunakan oleh golongan remaja di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan menjadikannya sebagai bahasa yang utama dalam novel pembikinannya.
Golongan remaja yang mudah terpengaruh seharusnya tidak terikut-ikut dengan bahasa kasar yang digunakan penulis dan akhirnya akan mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu di Malaysia. Semakin banyak bahasa kasar digunakan semakin dilupai bahasa kebangsaan yang dahulunya sangat diagung-agungkan penggunaannya kepada setiap lapisan masyarakat. Oleh hal yang demikian, pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan dengan sebaik yang mungkin agar dapat mengekang fenomena ini daripada terus menggugat kedaulatan bahasa Melayu.
9.0 PENUTUP
Bahasa merupakan aspek yang penting dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kedaulatan bahasa perlu dipulihkan agar terus menjadi aset kepada masyarakat. Namun begitu, selaras dengan perkembangan sosiologi masyarakat, penggunaan bahasa kasar menjadi “penambah perasa” pada sesebuah karya yang diterbitkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembaca dapat mengetahui emosi watak yang terdapat dalam novel dan mampu membuatkan pembaca mengingati novel yang dihasilkan.
Oleh hal yang demikian, kajian mengenai penggunaan bahasa kasar dalam novel Melayu perlu diteruskan lagi. Hal ini penting bagi memastikan masyarakat dapat menyedari tentang kesilapan yang dilakukan dalam penggunaan bahasa kasar dalam karya novel. Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan buruk terhadap remaja kerana remaja mudah terpengaruh dengan penggunaan kata- kata kesat yang digunakan oleh orang dewasa.
Dalam pada itu, sikap remaja akan berubah disebabkan penggunaan bahasa kasar dan kesat. Oleh sebab itu, penggunaan bahasa kasar terhadap remaja sememangnya tidak digalakkan sama sekali kerana akan mengudang padah yang buruk kepada masyarakat dan negara. Remaja merupakan generasi yang akan membangunkan negara yang maju dan pesat. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dengan membimbing anak-anak supaya tidak terlibat dalam aktiviti gejala sosial malah ibu bapa juga perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.
BIBLIOGRAFI
SEKIAN SAJA.
DARI KAKAK-KAKAK DAN ABANG-ABANG SENIOR.
KAMI DOAKAN ANDA BERJAYA DI FORM 6.
DOAKAN JUGA KAMI SUPAYA MASING-MASING BERJAYA DALAM MENAMATKAN PENGAJIAN PERINGKAT DEGREE DAN KEHIDUPAN KAMI.
MAY ALLAH BLESS US.
*Kalau ada sesiapa yang ingin bertanya, tinggalkan komen anda. Sekiranya ada peluang, Kai akan jawab komen. ;)
Comments
Post a Comment