Skip to main content

Kelebihan dan Kelemahan Tingkatan Enam (STPM)

Sebahagian pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berminat untuk menyambung pengajian di tingkatan 6 atau Form 6. Begitu juga, sebahagian besarnya tidak berminat untuk meneruskan pengajian di Form 6 kerana beranggapan laluan ini salah satu laluan yang sukar dan perlu kembali ke sekolah. 

Bagi Kak Khai sebagai ex-student Form 6, mana-mana laluan pilihan pun sama. Ada kelebihan dan kelemahannya. Bergantung kepada pilihan masing-masing sama ada memilih Diploma atau Asasi atau Matrik atau Form 6 untuk menyambung pengajian adik-adik. *mengikut kelayakan.

Kak Khai akan kongsi serba sedikit mengenai F6 sahaja. Selebihnya bergantung kepada adik-adik untuk menimba pengalaman.

*adik-adik sendiri perlu yakin diri dan berusaha.

STRUKTUR KURSUS

  • Wajib ambil 4 atau 5 subjek ( subjek Pengajian Am wajib ambil dan wajib lulus, ia merupakan syarat am untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah/ Degree)
TEMPOH PENGAJIAN

  • 18 bulan. 3sem. ( setahun setengah 1 1/2) menggunapakai Sistem Modular. Klik sini. 
PENGAMBILAN

  • Bulan Mei. Semakan boleh dibuat secara online atau SMS pada minggu kedua bulan April.
  • yang memenuhi syarat kelayakan akan ditawarkan ke Tingkatan 6.
  • Berminat tetapi tidak dapat. Boleh mohon rayuan di online pada hari yang sama keputusan dikeluarkan. kemasukan adalah apada bulan Jun.
KOS

  • Sekolah Swasta. Bawah RM 1000.00
  • Sekolah Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. PERCUMA.
PENGIKTIRAFAN

  • Diiktiraf oleh IPT (IPTA/IPTS) dalam dan luar negara (negara-negara Komanwel)
SYARAT KELAYAKAN

  • Wajib mendapat kredit (C) dalam Bahasa Melayu SPM
  • LULUS Sejarah
  • Mempunyai kredit dalam mana-mana subjek yang lain.
PENILAIAN

  • Kerja kursus setiap semester mewakili 20% hingga 40 % setiap subjek.
  • Peperiksaan setiap semester mewakili 60% hingga 80 % untuk setiap subjek.
KELEBIHAN

  • Pelajar dibenarkan mengulang semula subjek peperiksaan yang gagal atau mungkin bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
  • struktur pengajian yang merangkumi kemahiran( soft skill klik sini) serta akademik.
  • sijil STPM yang diperolehi boleh digunakan untuk memohon pekerjaan di sektor awam mahupun swasta. Jika di sektor awam gred adalah N29.
KELEMAHAN

  • Jika gagal Pengajian AM  bermaksud gagal STPM walaupun subjek lain CGPA 4.00.
Laluan STPM ini merupakan antara laluan "fast-track" untuk dapatkan Degree selepas laluan Matrikulasi PST (Program 1 Tahun) dan Asasi (1 tahun). Untuk pengetahuan adik-adik, majoriti universiti membuat pecahan kuota tempat setiap kursus adalah seimbang untuk semua lepasan pra universiti. Disebabkan tak ramai yang berminat untuk ke form 6 maka peluang adalah tinggi untuk berjaya dalam permohonan ke peringkat pengajian Degree walaupun dapat keputusan yang cukup makan atau di tahap sederhana. 

Persaingan merebut tempat sesama lepasan STPM rendah berbanding lepasan lain kerana seperti apa yang Kak Khai katakan, tak ramai yang memohon ke tingkatan 6. Jadi persaingan merebut tempat dalam sesebuah kursus pengajian Degree yang ditawarkan dalam kalangan lepasan STPM adalah rendah berbanding lepasan lain. (senang kata peluang Universiti tinggi)  

Jadi buatlah pilihan yang terbaik, semoga berjaya.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERJA KURSUS PENGAJIAN AM TINGKATAN 6 PENGGAL 2 2017 (STPM)

9809XX-07-XXXX TAJUK : PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PENANAMAN ORKID TEMPATAN OLEH   PENGUSAHA DI ********** ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid tempatan di *******. Objektif  kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di Butterworth dan mengkaji penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di ********. Kajian ini dijalankan di************************************ Informen kajian ini ialah Encik ****** dan Encik ******. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual, pemerhatian, dan rujukan perpustakaan. Data di analisis melalui skrip temu bual yang melibatkan 2 orang informen. Pengkaji menyediakan 12 soalan untuk di temu bual oleh pengkaji. Selain itu pengkaji melakukan pemerhatian di lokasi kajian untuk mendapatkan maklumat.  Dapatan utama bagi kajian ini

CONTOH KERJA KURSUS BAHASA MELAYU TINGKATAN 6 PENGGAL 3 2017 (STPM) (PENGGUNAAN BAHASA KASAR DALAM NOVEL )

Ini merupakan kerja kursus berkumpulan yang memerlukan Kai meminta izin dan kebenaran dari member-member untuk publish entry ini. kenapa minta izin?  sebab 'ini' adalah hasil usahasama mereka yang berkerja keras dalam menyiapkan kerja kursus ini. bukan hasil kerja Kai sorang saja. Segala kederat tenaga, duit, dan idea mereka dilaburkan dalam kajian ini. Ini amanat dari abang-kakak untuk korang supaya menggunakan contoh ini sebaik mungkin. Niat mereka untuk membantu pelajar2 f6. Jadi, kami harap...tidaklah di'copy' sepenuhnya, jadikan sebagai contoh sahaja. nota: Dan kajian ini telah di-edit terlebih dahulu atas pendapat dari member-member. Beberapa bahagian ada 'Hak Cipta Terpelihara' . Please do mind it. ;) Risiko yang kumpulan kami kena hadap ialah kajian bahasa kasar dan lucah di bulan Ramadhan. sebutan yg perlu dipratis untuk pembentangan...menulis...fikir...selidik korek makna...  untuk Kai yang seumur hidup tak pernah-pernahnya sebut.... Ya ALLAH

CONTOH KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN TINGKATAN 6 PENGGAL 3 2017 (STPM)

ABSTRAK KAJIAN MENGENAI ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT ******* SDN BHD Kajian ini dijalankan ke atas sebuah Syarikat perniagaan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia iaitu Syarikat **** Global Sdn Bhd. Syarikat ini lebih dikenali sebagai ***** Beauty. Objektif kajian ini ialah menganalisis campuran produk berdasarkan perbandingan produk fizikal atau perkhidmatan, klasifikasi produk, atribut produk dan lini produk, menentukan saluran agihan produk dan perantaraan dalam saluran agihan produk, meneliti faktor yang mempengaruhi penentuan harga dan penentuan harga produk dan juga menganalisis campuran promosi iaitu pengiklanan dan promosi jualan serta konsep dan tujuan komunikasi pemasaran bersepadu (IMC). Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pengumpulan data melalui data primer dan data sekunder. Pengkaji mendapat maklumat mengenai **** Beauty laman web dan keratan akhbar. Pengkaji menjalankan kajian mengenai elemen campuran pemasaran yang digu